Home      News & Events      Events
Print this pageAdd to Favorite

 

09/09/08

 

Kapada sesiapa yang berkenaan,

To whom it may concern,

 

 
Hari kelahiran Teuku Zakaria@P.Ramlee tahun ini “Ada Makna”

(1 Syawal (10)1429 bersamaan 1 October(10)2008)

 

Saya sebagai pemilek laman web p-ramlee.com.my.amat berbesar hati sekiranya pihak Arkib Negara cawangan Pulau Pinang dapat mengadakan sambutan hari kelahiran Almarhum Seniman Agung Teuku Zakaria@Tan Sri P.Ramlee yang ke 82 mengikut calenda hijrah pada 1 syawal(10)1429 bersamaan dengan 1 october(10)2008 di rumah kelahirannya yang di bawah kelolaan pihak Arkib Negara.

Sambutan “P.Ramlee sehari dalam kenangan” yang telah berlansung di rumah kelahiran nya di Pulau Pinang pada hari Sabtu 22hb March 2008 yang lalu disambut dengan secara sederhana dengan mengadakan peraduan melukis untuk kanak-kanak dan menjemput penyanyi L.Ramlee mengadakan persembahan didalam studio di rumahnya amat membanggakan dan menggumbirakan peminat almarhum Tan Sri P.Ramlee walaupun tiada publisiti meluas mengenainya.

Saya amat berharap sambutan hari kelahiran almarhum Teuku Zakaria@ Tan Sri Dr.P.Ramlee kali ini di adakan secara  besar-besaran kerana 1 syawal(10)1429 tahun di jangkakan pada hari Rabu ia-itu hari kelahiran beliau bersamaan pula dengan 1 October(10)2008,yang membezakan hanya tahunnya sahaja yang genap 579 tahun masehi.Persamaan hari lahir, tarikh dan bulan  yang sama JARANG JARANG, KADANG KADANG sahaja berlaku.

Oleh yang demikian, sambutan hari kelahiran Seniman Agung kita pada kali ini hendak lah di berikan publisiti meluas kerana tanpa kita sedari, 1 syawal disambut oleh segenap lapisan masyarakat umat islam seluroh dunia, amat sesuai dengan slogan”The Legend Lives On” atau Lagenda yang terus hidup”. Almarhum Teuku Zakaria@P.Ramlee merupakan penyanyi “RUKUN ISLAM 5 PERKARA” yang pertama di dunia. Banyak perkara yang kita terlepas pandang tentang kehebatan Lagenda yang terus hidup ini. Gelaran “Tun” patut dikurniakan kapada almarhum kerana beliau “Ahead of the rest in his industry”

Sekian,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maafkan dzahir dan batin dan Terima lah kaseh.